mesyuarat teknikal bil. 2/2022 - kajian Keberkesanan Prototaip Dinding/Tembok Penahan (MFWB) in Selangor
17 Ogos 2022
Mesyuarat teknikal bagi Kajian Keberkesanan Prototaip Dinding/Tembok Penahan (MFWB) di Selangor ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat HTC KL. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah HTC KL, YBrs. Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam dan turut dihadiri oleh pegawai HTC KL serta pihak perunding UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd. yang diketuai oleh YBrs. Dr. Balqis Muhammad Rehan. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan Laporan Interim bagi kajian tersebut.