Mesyuarat Kerjasama antara HTC KL dan Universiti di Malaysia
13 Julai 2022
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah HTC KL, Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam dan dihadiri oleh 17 wakil dari Universiti tempatan di Malaysia melalui maya dan fizikal. Objektif mesyuarat adalah:
a. Diperkenalkan kepada wakil universiti mengenai HTC KL serta peranan HTC KL di dalam dan luar negara;
b. Kerjasama antara HTC KL dan universiti dalam pengembangan sumber air dan hidrologi Malaysia, Asia Tenggara dan Pasifik;
c. Memperluas konsep Ecohydrology di peringkat universiti dengan pengenalan subjek dan kursus mengenai perkara itu.
Universiti yang terlibat dalam mesyuarat ini:
1 ) Infrastruktur Universiti Kuala Lumpur ( IUKL )
2 ) Universiti Teknologi Mara ( UiTM )
3 ) Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )
4 ) Universiti Malaya ( UM )
5 ) Universiti Malaysia Terengganu ( UMT )
6 ) Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN )
7 ) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM )
8 ) Universiti Teknologi Petronas ( UTP )
9 ) Universiti Pertahan Nasional Malaysia ( UPNM )