Lawatan Teknikal di Gunung Jerai, Kedah

26 - 28 Januari 2022

Sektor Pakar JPS mengadakan lawatan teknikal di Gunung Jerai, Kedah. Lawatan ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Hjh. Bibi Zarina Che Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) dan jawatankuasa teknikal. Objektif lawatan ke lokasi adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kawasan pelancongan eko, sungai yang akan dikunjungi dan lokasi pembinaan Empangan Sabo.